Tuesday, December 22, 2009

Pengembaraan KA bermula !!!

Assalamualaikum w.b.t n selamat sejahtera

Moshi-moshi ( helo ) ...

Setelah dua minggu berlalu, kenangan di TOKYO-YOKOHAMA, JAPAN masih lagi bermain-main dalam fikiran kami. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami warga KA '09 selamat menuju ke destinasi dan selamat pulang ke tanah air yang tercinta..

Tidak dinafikan, pengalaman berada di sana memang amat menyeronokkan. Pengembaraan ini sememangnya menjadi satu pengembaraan yang penuh dengan cabaran dan dugaan sepanjang hidup warga KA '09. Kebanyakan tentatif program yang dicadangkan, mempunyai kekangan yang di luar jangkaan kami. Terima kasih kepada Pn Shazlinda kerana membantu kami mengaturkan tentatif yang baru sekitar kami berada di sana..

Pada 06 Disember 09 , kami berkumpul di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan pada pukul 7.30 pm. Kemudian, kami bertolak ke KLIA sekitar jam 8.00 pm. Masing-masing memaparkan senyuman yang sangat seronok.hehe

Dalam perjalanan ke KLIA

Menunggu giliran untuk 'check in'

Alhamdulillah kerana program KA ini menjadi kenyataan setelah kami menjejakkan kaki ke kapal terbang Malaysia Airlines. Segalanya mendebarkan sepanjang perjalanan ke destinasi kami. Macam-macam perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Walaubagaimnanapun, mimpi menjadi realiti :)


Dalam 'flight'

Pelbagai kemudahan yang disediakan dalam 'flight'
Pemandangan di atas 'flight'


Friday, December 4, 2009

Taklimat Program bersama Penasihat

Pada 2hb Disember 2009 yang lalu, team KA+3 2009 telah mengadakan perjumpaan dan taklimat program bersama penasihat iaitu Puan Syazlinda serta pensyarah-pensyarah yang lain. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah persiapan sebelum ke Jepun dan juga tentatif program yang kerap berlaku pindaan.

Selain itu, diadakan juga sesi soal jawab antara para peserta dengan pensyarah yang berpengalaman ke Jepun iaitu Puan Syazlinda.

Peserta khsyuk mendengar penerangan penasihat


Antara peserta yang hadir


no komen

Wednesday, November 25, 2009

Suntikan Vaksin Influenza

Pada 24 November 2009 team Knowing Asean 09 (KA) telah ke Hospital Pakar An Nur untuk mendapatkan suntikan Vaksin Influenza. Suntikan inu bertujuan supaya dapat menghindari penyakit sepanjang kami berada di Japan. Kami perlu disuntik seawal dua minggu kerana Vaksin tersebut akan aktif selepas dua minggu kami di suntik.





Perkampungan Knowing Asean Japan

Perkampungan Knowing Asean (KA 09 ) ini telah bermula 15 november lalu.Antara tujuan perkampungan ini di adakan adalah untuk membuat persiapan sebelum keberangkatan kami ke bumi sakura.
Kami menginap di kolej Ungku Omar dan gerak kerja di lakukan di fakulti.

Tuesday, November 17, 2009

Mass Marketing

Minggu sebelum peperiksaan, kami telah mengadakan minggu marketing bagi menambahkan pendapatan untuk membantu kelancaran program kami. 'Mass Marketing' ini sedikit sebanyak telah membantu kami untuk menampung program yang akan di adakan pada bulan 12 ini di Tokyo-Yokohama, Japan. Antara tempat yang telah kami






khusyuk nye berbual...

Tuesday, October 6, 2009

Dedication Day !!!

Mari3x.... DEDICATION DAY menanti anda... Anda boleh kirim hadiah kepada Mentor, Lecturer mahu pun rakan-rakan anda. Sekiranya berminat, boleh menghubungi FATIN AMINAH di talian 013 3083878



Pakej 1 : 1 biji epal + bookmark + kad ucapan = RM 2.00

Pakej 2 : Coklat + bookmark + kad ucapan = RM 2.50

Pakej 3 : Cookies + bookmark + kad ucapan = RM 1.50

Say thanks to all your lecturer !!

Gunakan peluang ini untuk menghargai pensyarah2 anda ...

JANGAN LEPASKAN PELUANG !!

!

Pada minggu Minggu Mesra Pelajar (M3P) dan Accountancy Week (ACW), kami telah membuat sedikit jualan untuk program kami. Macam-macam yang kami jual semasa minggu tersebut. Antaranya ialah sandwich telur, sandwich tuna, nugget dan sebagainya. Ini lah sebahagian aitiviti kami semasa jualan tersebut..




1 Malaysia

Perbincangan K.Miha dan K.Dila