Day Three @Tokyo+Yokohama


Hari ketiga di Tokyo bermula dengan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jepun. Kami diberi taklimat serba ringkas mengenai tugas-tugas kedutaan serta diberikan penerangan tentang hubungan bilateral antara Jepun dan Malaysia oleh wakil kedutaan. Selain itu, diadakan juga sesi soal jawab antara peserta dengan wakil kedutaan untuk bertanyakan tentang isu-isu terkini serta maklumat lain.
Setelah beberapa jam melawat Kedutaan Besar Malaysia di Shibuya, kami menuju ke Yokohama untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Yokohama National University (YNU). YNU telah ditubuhkan pada tahun 1876 dan merupakan sebuah universiti awam. Perjalanan ke YNU mengambil masa 2 jam dan sepanjang perjalanan ke sana kami telah menikmati pemandangan sekitar pelabuhan Yokohama.

Setibanya di YNU, kami telah disambut mesra oleh wakil universiti. Antara aktiviti yang dijalankan di YNU adalah seperti berikut:

·         Welcoming Speech oleh pihak YNU
·         Makan di Kafe (melihat perilaku positif pelajar YNU yang sangat berdisiplin-beratur,mengemas sendiri dan bersih serta sangat sistematik)
·         Memperkenalkan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM.
·         Dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (interaksi bersama pelajar Jepun)
·         Setiap kumpulan mempunyai seorang jurupandu yang terdiri daripada pelajar university berkenaan yang akan membawa kami melawat sekitar YNU.
·         Sesi Tour Campus mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
·         Sesi bertukar pendapatan dan pandangan antara kami (Malaysia-Jepun)
·         Belajar bahasa Jepun.
·         Sesi bergambar bersama Team KA dan pihak YNU.
Perpisahan antara kami dan pihak YNU terutamanya wakil pelajar YNU amat berat sekali kerana masing-masing seperti tertarik dengan budaya di sana. Akhirnya kami mengucapkan selamat tinggal setelah beberapa jam berinteraksi di YNU. Dalam perjalanan pulang ke Tokyo semula, kami melalui Odaiba, dan antara perkara yang menarik di sana adalah Statue of Liberty yang telah dihadiahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Jepun.

Walaupun aktiviti pada hari ini tidak sepadat hari pertama dan kedua kami disini, namun perjalanan ke Yokohama sememangnya meletihkan. Meletihkan dan menyeronokkan dalam masa yang sama. Perjalanan ke Yokohama telah membuka satu ruang dan juga peluang kepada kami untuk membina hubungan baik dengan pihak YNU sehingga sekarang.