Saturday, March 27, 2010

Last Day...

Pada hari terakhir kami di sini iaitu hari Jumaat bersamaan 11 Disember 2009 kami bertolak dari Ginza Capital Hotel dalam pukul 7 pagi. Hal ini kerana waktu penerbangan kami pada pukul 10.30 pagi. Rasa sayu hati kami untuk meninggalkan bandar Tokyo yang telah kami lawati sepanjang 5 hari kami berada di sini. Segala kenangan dan pengalaman kami berada di sana mnyebabkan kami telah jatuh cinta dengan bandar Tokyo dan rakyatnya. Kami sangat bersyukur kerana segala perancangan kami telah berjalan lancar sepenuhnya. Alhamdulillah... =)

Beransur Pulang...




bersama Timb Dekan HEP, Akademik, Alumni dan Antarabangsa, FEP -
Prof. Madya Dr. Romlah Jaffar




Jumpa lagi Tokyo, Japan !!

Friday, March 26, 2010

let's go !

Pada hari berikutnya, iaitu pada 10 Disember 2010 kami mempunyai aktiviti yang bebas. Namun begitu, kami masih lagi bergerak dalam berkumpulan. Pada mulanya, kami ke Utsunomiya untuk menaiki Shinkasen atau lebih di kenali sebagai Bullet Train. Bullet Train yang kami naiki ini adalah bullet train yang mendapat tempat ke-4 dari 6 jenis Bullet Train...

sebahagian dari Bullet Train yang ada





Pemandangan sekitar Utsunomiya

Kemudian, Di atas permintaan ramai dan alang-alang kami berada di sini, kami sempat singgah kedai HARD ROCK cafe di Uyeno-Eki, Tokyo. Hard Rock cafe ialah satu syarikat yang menjual barang-barang aksesori. Baju Hard Rock cafe merupakan barang yang paling terkenal di seluruh dunia.Kini, terdapat 140 lokasi-lokasi Hard Rock cafe dalam mengenai 40 buah negara dan salah satunya di sini, Uyeno-Eki, Tokyo.

Tokyo Metropolitan
Selesai di sini, pada sebelah malamnya, kami ke Tokyo Metropolitan Government untuk melihat pemandangan seluruh bandar Tokyo. Tokyo Metropolitan terletak di Shinjuku, dahulunya Tokyo Metropolitan merupakan bangunan yang tertinggi di Tokyo, iaitu 243 buah meter (799 kaki). Tempat ini dibuka dari 8 pagi sehingga 11 malam pada hari biasa.

permandangan dari Tokyo Metropolitan

Shibuya
Di sini, terdapat kelainan berbanding di tempat-tempat yang lain kerana di sini kita boleh lihat kehidupan sebenar para remaja Jepun. Di tempat lain, kita hanya melihat rakyat Jepun pergi dan balik dari kerja sahaja di samping mebaca buku mahupun melayari internet tetapi di Shibuya kita boleh melihat para remaja mengisi masa mereka dengan berkumpul bersama kawan-kawan mereka.


Di sini, kami turut di temani oleh dua orang rakyat Malaysia yang menyambung pengajiannya di Jepun iaitu saudara nasri dan saudara Fahmi dari Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ). Pelbagai informasi dan cara hidup yang kami pelajari dari mereka. Setibanya di Shibuya, Disney Store menjadi tempat kunjungan kami yang pertama. Disney Store merupakan satu kedai yang menjual barang-barang terkenal sepertu Mickey Mouse khususnya.

di Disney Store



Selesai di Disney Store, kami ke kedai makanan kerana kelaparan setelah seharian berjalan. Alhamdulillah, kami jumpa kedai Kebab Muslim dan berksempatan merasa kebab di Tokyo, Jepun. Rasanya sangat enak dan berpatutan dari segi harganya. Terima kasih kepada saudara Fahmi dan Nasri kerana mengesyorkan kedai ini untuk makan malam kami.




Shibuya merupakan destinasi kami yang terakhir untuk malam yang terakhir kami di sini. Walaupun keletihan, namun keseronokan yang kami alami di negara Jepun, memberi pulangan yang lumayan kerana peluang ini mungkin tidak akan datang untuk kali kedua. Sepanjang kami berada di sana, kami sangat berterima kasih kepada Puan Shazlinda dan Saudara Nasri serta saudara Fahmi kerana sanggup memberi kerjasama dan membantu kami melancarkan program yang telah kami aturkan. Arigato Gozaimasu !!


Konichiwa!





Video sepanjang kami di Tokyo, Jepun !