Day One@Tokyo

Kami sampai di Narita Airport dalam jam 7.30 pagi.. Sampai sahaja di sana, kami perlu beratur di kaunter imigresen. Di kaunter tersebut, kami perlu menghulurkan kedua-dua jari telunjuk untuk di 'scan' dan akan di tangkap gmbr sebelum boleh dilepaskan ke kawasan negara tersebut. Sebaik sahaja selesai di kaunter imigresen, kami membawa bagasi kami ke ruang keluar dan di situ kami di sambut oleh pemandu pelancong kami yang sangat comel bernama MAYA..


Gembira jumpa MAYA =)

Kami akan berada di Tokyo-Yokohama, Japan selama 5 hari tetapi hanya selama 3 hari sahaja pemandu pelancong kami dan pengangkutan bus akan disediakan. Pada hari ini, kami akan di temani oleh Maya dan bahasa tersebut akan di translate kan oleh Pn. Shaz.. Selesai di Narita Airport, kami terus berangkat ke Tokyo Keizai Universiti (TKU) pada sekitar jam 9.30 pagi.

Tokyo Keizai Universiti (TKU)

Tujuan kami pergi ke TKU adalah untuk mengenali cara hidup pelajar di sana sebagai seorang pelajar. Apabila menjejakkan kaki di sana, kami disambut oleh salah seorang pelajar dari universiti tersebut tetapi merupakan warganegara Malaysia iaitu Jason. Di samping pelajar, pensyarah mereka juga turut turun padang untuk berjumpa dengan kami, iaitu Profesor Hirokazu Tajima. Kami sangat gembira berjumpa dengan mereka kerana mereka tidak lekok berkongsi ilmu dan sangat peramah. Itu membuatkan kami berasa tidak kekok untuk bertanyakan tentang Japan. Kami di jemput ke bilik mesyuarat kerana kami akan diberikan sedikit taklimat berkaitan kemudahan di Jepun yang akan di sampaikan oleh Prof. Tajima.

Kemudiannya, sepanjang berada di sana, kami di bawa bersiar-siar di sekitar TKU seperti Perpustakaan dan Cafe.Di TKU, terdapat pelbagai sistem yang dijalankan berbeza dengan sistem di UKM. Di sana, salah satu sistem yang di jalankan adalah membuka satu ruang perpustakaan khas kepada pelajar yang telah bergraduan. Hal ini boleh membuka peluang pekerjaan yang luas kepada para graduan untuk mencari kerja selesai sahaja tamat pengajian lalu dapat membantu para graduan untuk mendapatkan kerja.

Sesudah sahaja melihat pemandangan yang indah di sekitar TKU, kami dihidangkan dengan makanan Jepun dan hanya 'chopstik' sahaja di sediakan. Jadi, dari situ kami belajar bagaimana menggunakan chopstik untuk menjamah hidangan kami. Adat orang di sana, orang-orang tertentu perlu membuat ucapan selamat dahulu sebelum kami dibenarkan untuk menjamah makanan .


Bersama dengan warga TKU

makan yang disediakan..

ucapan selamat sebelum menjamu selera

Tanda penghargaan kami :)


Destinasi kami seterusnya ialah Asean Japan Centre (AJC). Di sana kami di berikan taklimat berkaitan Jepun yang tergolong dalam Asean. Taklimat tersebut di berikan selama 1 jam setengah oleh Ketua AJC di sini. Banyak ilmu yang kami peroleh dari taklimat yang di berikan sama ada tentang penduduk mahupun kedudukan negara-negara Asean. Di samping itu, kami juga sempat melihat kraftangan sekitar Asean yang dipamerkan di dala AJC. Sangat unik dan cantik kerana sukar untuk melihat kraftangan sedemikian di Malaysia..

Asean Japan Centre


Kraftangan Asean