Tuesday, October 6, 2009

Knowing Asean +3 '09

Bertemu Kembali !!!

Knowing Asean kali ini diberi peluang lagi untuk merantau di Asean tetapi sesi kini, pihak penganjur kami menjadikan Jepun sebagai destinasi k
ami yang seterusnya. Nama projek kali ini ialah KNOWING ASEAN +3 2009, TOKYO-YOKOHAMA, JEPUN.

Misi Projek :

Untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) dengan membuka satu lembaran baru dalam aspek pemantapan pemikiran mahasiswa/i agar lebih berwawasan, mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknologi serta mempunyai daya saing yang tinggi bagi mencipta budaya 'K-Workers' dalam menempuh pasaran kerja dalam era globalisasi kini.

Objektif Program :

:: Menambah ilmu pengetahuan mahasiswa/i mengenai ekonomi, budaya dan teknologi di rantau Asia terutamanya Jepun.

:: Membuka minda mahasiswa/i FEP untuk mengetahui keadaan dunia luar khususnya fenomena ekonomi Jepun.

:: Memberi penekanan kepada mahasiswa/i tentang kepenntingan berorganisasi.

:: Supaya dapat membuka minda serta memberi ruang kepada mahasiswa/i FEP untuk turut bergiat aktif di Universiti, khususnya di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Program ini di anjurkan oleh
EXCO HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN KORPORAT, PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN. Kami akan berada di sana selama lebih kurang seminggu iaitu pada 6-11 Disember 2009.

Tema :

"
Global Networking : Building Professions Through Ethics"

- Doa dari anda semua amat kami harapkan -



No comments:

Post a Comment