Tuesday, October 6, 2009

Jelajah di Indonesia '08

Tarikh : 22-27 Disember 2008 (Sesi 08/09) Tempat : Jogjakarta - Solo, Indonesia


:: Program ini merupakan program tahunan Anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (PMFEP). Pada tahun lepas, pihak penganjur sebulat suara untuk mengadakan program mega ini ke Jogjakarta dan Solo, Indonesia di mana pada tahun sesi 2007/2008 mereka telah pergi ke Bangkok, Thailand.

Tema : Pembudayaan Ilmu Melalui Jaringan Serantau

Antara objektif program ini :

:: Menjalin hubungan antara universiti, industri dan institusi luar dan serantau dalam penyelidikan, perundingan, publikasi dan pembelajaran.

:: Sebagai medan kepada peserta dan AJK untuk menimba pengalaman selain untuk meluaskan pengetahuan mereka tentang negara luar.

:: Salah satu cabang bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara bagi mencapai Rancangan Malaysia ke-9 dan Hala Tuju Pengajian Tinggi dalam pembangunan melalui jaringan antarabangsa.

Apa yang menariknya di sana ??

Pendidikan & Kemajuan



Salah sebuah Universiti yang di lawati, Universitas Pembangunan Nasional "Veteran", Jogjakarta


:: Universitas Pembangunan Nasional 'Veteran' merupakan sebuah universiti swasta yang telah ditubuhkan selama 50 tahun. Uniknya universiti ini ialah kerana bukan kerana pelajar-pelajarnya yang veteran tetapi maksud veteran nya di sini ialah universiti ini telah ditubuhkan oleh golongan-golongan veteran. Selain itu, universiti ini juga mengamalkan sistem pemutihan iaitu sistem di mana mereka tidak akan membuang atau menendang pelajar sekiranya tidak lulus pengajiannya malah sekiranya masih lagi tidak lulus setelah 7 tahun, mereka akan kembali menjadi pelajar tahun 1.

Candi Borobudur

:: Seperti yang anda telah ketahui, Borobudur merupakan satu peninggalan sejarah yang terindah dan terbaik di dunia yang pernah tercatat dalam Daftar Peninggalan Sejarah Dunia.
:: Merupakan bangunan agama Budha yang terbesar di dunia.

Candi Borobudur, Daerah Megelang


Foto Kenang-Kenangan !! :)













Jogjakarta - Solo, Indonesia



















No comments:

Post a Comment