Tuesday, December 22, 2009

Pengembaraan KA bermula !!!

Assalamualaikum w.b.t n selamat sejahtera

Moshi-moshi ( helo ) ...

Setelah dua minggu berlalu, kenangan di TOKYO-YOKOHAMA, JAPAN masih lagi bermain-main dalam fikiran kami. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami warga KA '09 selamat menuju ke destinasi dan selamat pulang ke tanah air yang tercinta..

Tidak dinafikan, pengalaman berada di sana memang amat menyeronokkan. Pengembaraan ini sememangnya menjadi satu pengembaraan yang penuh dengan cabaran dan dugaan sepanjang hidup warga KA '09. Kebanyakan tentatif program yang dicadangkan, mempunyai kekangan yang di luar jangkaan kami. Terima kasih kepada Pn Shazlinda kerana membantu kami mengaturkan tentatif yang baru sekitar kami berada di sana..

Pada 06 Disember 09 , kami berkumpul di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan pada pukul 7.30 pm. Kemudian, kami bertolak ke KLIA sekitar jam 8.00 pm. Masing-masing memaparkan senyuman yang sangat seronok.hehe

Dalam perjalanan ke KLIA

Menunggu giliran untuk 'check in'

Alhamdulillah kerana program KA ini menjadi kenyataan setelah kami menjejakkan kaki ke kapal terbang Malaysia Airlines. Segalanya mendebarkan sepanjang perjalanan ke destinasi kami. Macam-macam perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Walaubagaimnanapun, mimpi menjadi realiti :)


Dalam 'flight'

Pelbagai kemudahan yang disediakan dalam 'flight'
Pemandangan di atas 'flight'


No comments:

Post a Comment